the Reality which is being Ignored!

Kepada Allah aku berserah, Kepada Allah aku meminta pertolongan

Archive for September, 2008

Ku rentasi perjalanan Imam Bukhari..

without comments


last 2 weeks were tremendous. a lot of new things are coming..the pathology was non-stop gushing into my brain. argh…i felt sick just by learning about diseases. No choice but to take it. Alhamdulillah, The clinics session seems to be the one that drives my pathology knowledge to another level which allow me to think practically as Medical student. I hope my 4 weeks of journey in Bon Secourse Hospital would be a pleasant one. InsyaAllah.


Siapakah imam Bukhari?

Imam Bukhari berasal dari Uzbekistan asia tengah. beliau dilahirkan pada 13 Syawal 194 H. Salah seorang cendikiawan Islam yang terbesar yang menulis kitab Sahih nya, Al-Jami’ As-Sahih. Jikalau kita lihat tahun kelahiran imam Bukhari, beliau lahir dalam lingkungan zaman 300hijrah. Masih teringat di dalam hatiku semasa aku berada di kelas mingguanku bagi kitab Bahrul Al-Madzi, Syarah sahih Imam At-tirmidzi, dalam bab fitnah, dimana salah satu hadith rasulullah SAW pernah menyebut tentang amanah. hadith tersebut mengrungkaikan tentang sifat amanah manusia yang Rasulullah SAW sendiri menyebut tempohnya iaitu 300 tahun selepas zaman Nabi, kemudiannya amanah itu ditarik oleh Allah SWT pada seluruh umat manusia..yang hanya tinggal adalah tompok2. Ia memberi gambaran awal kepada kita tentang kredibiliti Imam Bukhari sebagai perawi hadith. Read the rest of this entry »

Written by xralfy

September 10th, 2008 at 5:50 pm

Posted in Sharing Thoughts

Abang!! nak beli kuih??

with 2 comments

Kuih..
Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

“Abang nak beli kuih?” Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik…Abang dah pesan makanan” jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

“Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni” kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat.

Setiap yang lalu ditanya… ” Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik… Kakak atau makcik.” Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Read the rest of this entry »

Written by xralfy

September 7th, 2008 at 6:29 pm

Posted in Cerpen