Archive for the ‘Repost’ Category
Apa Erti Pertunangan?
Today, the Annual General Meeting of PPMC adjourned. I believe that the new elected commitee members are totally so into it, the competition was so stiffs to the extend where the people waited for so long just for the result. I congratulate personally to all the new Commitee members who got elected today. I believe that PPMC has grown so much that it had become a very mature Commitee where it can lead students to a better life. May Allah Bless the new community with his rahmah, especially to the president who will hold the biggest responsibility.

APA ERTI PERTUNANGAN?
‘aku tak nak tunang lama2′ sebut seseorang
‘tunang bukan penting pun’ sebut seorang lagi
itulah ungkapan yang sering ku dengar dari orang2 disekelilingku yang sering mengatakan hal tentang cinta dan perempuan, Tunang? apa ertinya?apakah syarat sah untuk seseorang manusia itu bertunang? sebenarnya mudah jika dilihat dari segi syara’ itu sendiri, iaitu hanya perjanjian antara seseorang lelaki dengan perempuan ataupun dengan wali dengan perempuan itu. cukup dengan lafaz yg menandakan pertunangan, maka bertunanglah antara 2 pasangan tersebut.
Perkataan ‘tunang’ itu sering disandarkan kepada pasangan untuk menunjukkan couple itu tidak bersalah, kerana ramai sahaja ku lihat dikalangan kawan2ku ini sibuk membahasakan diri pasangan nya sebagai tunang, atas sebab untuk melihatkan perkara tersebut tidaklah bersalah. Apakah perbezaan antara tunang adat dan tunang syara’? ia senang sahaja, perbezaan ia adalah dari persepsi masyarakat terhadap hubungan anda, dan juga persepsi keluarga yang sungguh berbeza. Read the rest of this entry »
Kejayaan - Petikan dari Dr. Fadrie

KEJAYAAN
Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu ‘
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan. (penulis)
Berjayalah orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia
( Al-Mu’minun :1-3 )
Muhammad Asraf Ismail, University College Cork, Ireland, 3rd Year Medicine