the Reality which is being Ignored!

Kepada Allah aku berserah, Kepada Allah aku meminta pertolongan

Apa Erti Pertunangan?

with 2 comments

Today, the Annual General Meeting of PPMC adjourned. I believe that the new elected commitee members are totally so into it, the competition was so stiffs to the extend where the people waited for so long just for the result. I congratulate personally to all the new Commitee members who got elected today. I believe that PPMC has grown so much that it had become a very mature Commitee where it can lead students to a better life. May Allah Bless the new community with his rahmah, especially to the president who will hold the biggest responsibility.

APA ERTI PERTUNANGAN?

‘aku tak nak tunang lama2′ sebut seseorang

‘tunang bukan penting pun’ sebut seorang lagi

itulah ungkapan yang sering ku dengar dari orang2 disekelilingku yang sering mengatakan hal tentang cinta dan perempuan, Tunang? apa ertinya?apakah syarat sah untuk seseorang manusia itu bertunang? sebenarnya mudah jika dilihat dari segi syara’ itu sendiri, iaitu hanya perjanjian antara seseorang lelaki dengan perempuan ataupun dengan wali dengan perempuan itu. cukup dengan lafaz yg menandakan pertunangan, maka bertunanglah antara 2 pasangan tersebut.

Perkataan ‘tunang’ itu sering disandarkan kepada pasangan untuk menunjukkan couple itu tidak bersalah, kerana ramai sahaja ku lihat dikalangan kawan2ku ini sibuk membahasakan diri pasangan nya sebagai tunang, atas sebab untuk melihatkan perkara tersebut tidaklah bersalah. Apakah perbezaan antara tunang adat dan tunang syara’? ia senang sahaja, perbezaan ia adalah dari persepsi masyarakat terhadap hubungan anda, dan juga persepsi keluarga yang sungguh berbeza.

seorang tunang yang diterima secara adat akan diterima oleh keluarga tersebut secara rasmi tetapi dari segi syara’ ia tidak bergerak begitu, ia masih dianggap sebagai BOYFREN GIRLFREN, maka fitnah itu LEBIH TERUK JIKA SECARA SYARA’ dari secara ADAT. itu adalah mekanisma masyarakat kita dimalaysia, memang kita tidak dapat lari, jika kita lihat melalui Usul Fiqh itu terdapat komponen Uruf yang bererti budaya masyarakat dalam pembentukan satu hukum itu, apakah perlu kita bertunang dari segi adat?, jawapan ana, ia sangat perlu, tetapi ia tetap bergantung kepada keadaan masing2. kenapa perlu? pertembungan 2 buah keluarga itu tidak boleh terjadi secara mendadak kerana memungkinkan pergaduhan atau konflik antara 2 buah yang tidak kenal mengenali antara satu sama lain lebih tertumbuh. maka, ia perlu diberi masa agar tidak bergerak secara tergopoh gapah, ingat, perkahwinan itu bukan sahaja mencantumkan 2 orang manusia, malah 2 buah keluarga.

Tetapi aku sedih kerana sesetengah orang di OVERSEA ni, memandang rendah masyarakat malaysia, mengatakan mereka ini tidak faham islam la, percaya adat2 ni la…hmm…aku terhibur hati melihat golongan ini kerana kejahilan mereka sungguh jelas :)

ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬ ٢٦

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nur:26)

Firman Allah yang sering terngiang2 di hatiku, pemangkin dalam perbentukan iman dalam hati yang kerdil ini pada mulanya. Adakah tafsir ayat yang aku fahami secara zahir pada ayat ini benar dengan makna ayat? aku rujuknya di Tafsir AlQuran Nul Qarim oleh Abu Al Fida’ Al-Hafiz Ismail Ibnu Katsir, maksudnya berbeza dari segi pemahaman ayat yang sebenar, dengan pemahaman ayat itu dengan akal ku yang sempit ini.

Ibnu Abbas (sepupu Rasulullah SAW) berpendapat ayat ini ditujukan semasa peristiwa Al-Ifk yang diterangkan secara panjang lebar di dalam Bidayah wan Nihayah melalui Hadith Imam Al-Bukhari iaitu mengenai peristiwa penfitnahan antara Aisyah r.a dengan Safwan Ibn Al-Mu’attal as-Sulamiy, untuk memberitahu kita tentang seorang lelaki semulia Rasulullah SAW itu hanya diciptakan kepada beliau seorang yang wanita yang baik seperti Aisyah r.a. Sifir aku dapat simpulkan daripada ayat ini dengan akal yang sempit ini, tidak mungkin seseorang lelaki yang soleh itu dijodohkan dengan seorang penzina yang hina melainkan atas kehendak Allah SWT itu sendiri. Kalau merujuk Halal wal Haram fil Islam oleh Dr Yusoff Al-Qadrawi, hukumnya haram untuk seorang lelaki yang soleh berkahwin dengan penzia/pelacur. adakah aku akan dijodohkan dengan seorang penzina?, bagaimana untuk mendapat isteri yang soleh?, perbaharui diriku….(itu langkah pertama ku)

aku sering tertanya, apa erti pertunangan dalam hidupku ini? mungkin rakan2ku sibuk membaca blog saifulislam.com sebagai medan dalam mengetahui lebih lanjut dalam bab percintaan ini. malah sering juga meng’qoute’ kata-kata ustaz hasrizal,  aku tersenyum, sungguh hebat rakan2ku apabila bercerita tentang cinta dalam islam, sehingga mampu untuk hafal makna2 setiap perkataan di blog tersebut. aku fikir, beliau seorang manusia, dan beliau bercakap atas waqi’ beliau dan pengalaman yang cukup luas dalam bidang ini. Tetapi bukanlah itu segala2nya, mungkin bagi kawan2ku, mereka cuba mengkaitkan apa yang ditulis ustaz ttersebut untuk diri mereka, walhal pada pendapat ana, ambil yang sesuai untuk diri kita itu paling terbaik.

ana mulakan penerangan ana atas 2 gambar ini

itulah wajah dua orang ibu yang gembira apabila anak mereka ditunangkan. aku senyum, kerana aku sedar disebalik senyuman tersebut terdapat harapan.Harapan 2 orang ibu terhadap anaknya yang hanya mengharapkan kebahagiaan anaknya dan tidak lain tidak bukan hanya sebagai asset mereka di alam kubur kelak. aku kaku, apakah yang perlu aku buat? aku perlu menjadi anak yang soleh?aku perlukan ilmu? belajar islam? belajar agama? kuatkan iman?ape erti cinta? apa erti rindu?, Seribu satu persoalan yang timbul didalam hatiku.

aku mula langkahku mencari ilmu bermula dari asas sekali, dimulai dengan Tafsir Ibnu kathir bersama usul Tafsir, 2 kitab Hadith, Riyadhus Solihin dan Bahrul Madzi bersama usul Hadith, Syarah Aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah(manhaj Salafiyah), Serta kitab Fiqh, Nailul Authar Imam As-syaukani as-Shafie’. disusuli dengan 2 lagi ilmu Al-Lughatul Arabiyyah bersama Ustaz Syaaban (my private tutor) dan ilmu Faraied bersama Ustaz ***** namanya terpaksa dirahsiakan, semuanya aku berguru dengan guru yang berlainan.

Ku pelajari perkara ini lebih mendalam….lalu aku sedar, Islam yang aku faham dulu itu dari mana ia datang? Syed Qutb Fil Zilalil Quran? Syahadatul Haq?, aku ketawa didalam hati akan kefahaman aku yang tipis boleh terpercaya dengan tafsiran2 haraki ini tanpa asas yang kukuh pada satu masa dahulu. Baru aku sedar, ‘Inilah Qada’ dan Qadar yang sebenar itu’ adalah satu Simplification of a Fallacy which confuse ppl without any knowledge. Apakah tujuannya? Wallahualam.

Aku secara personal menghormati pendapat Syed Qutb tetapi aku sering menapis pendapat beliau atas beberapa sebab yang dijelaskan dalam Al-Ijtihad fi Asy-Syarah Islamiyyah oleh Dr. Yusoff Al-Qadrawi serta jelas kelihatan dalam tafsiran tersebut mengenai konsep hakimiyyah dalam tauhid yang ditonjolkan dalam As-syahid Syed Qutb. Tafsiran ini agak sukar untuk diambil sebagai pendapat hinggalah seseorang itu jelas akan konsep Usul tafsir itu sendiri.

uish…jauhnya aku menyimpang , berbalik kepada topik ini, apa erti pertunangan? pada pendapat diri ini, ia adalah satu medan dimana seseorang manusia itu terutamanya seorang lelaki, perlu untuk menyediakan diri mereka ke arah perkahwinan, bukanlah gunakan masa ini untuk bercinta tak tentu arah atau membawa perempuan kesana-kemari. disini telah diletakkan harapan kedua ibu bapa bagi keluarga masing2 untuk begerak mencari ilmu dan memupuk saling kenal mengenali antara satu keluarga dan keluarga yang lain.

Pertunangan tidak memberi ticket untuk kamu membawa seorang perempuan ke hulur ke hilir tetapi hanya untuk berkenalan dengan lebih mendalam akan seorang yang kamu akan bawa di alam perkahwinan nanti. itulah gunanya taaruf itu. Jika buih2 cinta itu muncul antara 2 manusia ini, Alhamdulillah, tetapi masih tidak halal lagi untuk kamu menyentuhnya. Maka elakkan diri kamu itu dari ditakluki nafsu amarah yang membara2.

Aku masih ingat, nasihat yang ku terima dari keluarga2, tunang ini bahaya, nanti banyak gaduh, jadik jangan tunang lama2. Ada yang memberi pendapat, patut kahwin jek terus tak yah fikir sgt pasal tunang2 ni, tak elok di pandang orang. Itulah yang sering difikirkan oleh mereka yang menyayangi kamu, people really concern about you.

Adakah pertunangan itu satu perkara yang besar? Mari kita rujuk sirah, Bidayah wan Nihayah ada menyentuh dalam topik perkahwinan Aisya’ r.a dan Saudah r.a dengan Rasulullah SAW. Mengikut Riwayat Ahmad, hadith mursal pada awalnya, lalu menjadi hadith Muttasil mengikut riwayat Imam al-baihaqiy, menyebut tentang ketika Khawlah sbg pihak ketiga yang menguruskan risikan Rasulullah SAW berjumpa dengan Abu Bakar As-Siddiq untuk anaknya Aisyah r.a, lalu pada waktu itu, Beliau menyuruh Khawlah tunggu sebentar, kerana beliau telah mentunangkan Aisyah ra dengan anak Mut’im Ibn ‘Adiy. Lalu Abu Bakar berjumpa dengan Mu’tim, lalu berkata Mu’tim ‘Wahai Abu Qahafah! semoga kamu tidak menyusahkan anakku jika beliau dikahwinkan dengan anakmu’(ini adalah satu lafaz yang boleh membatalkan satu pertunangan), Abu Bakar bertanya ‘Siapakah yang berkata demikian’ dijawab Mu’tim ‘Dia(isteriku) yang berkata begitu’ pulanglah Abu Bakar r.a dengan hati yang gembira kerana Allah telah melepaskan beliau dari janji yang dibuat beliau sebelum ini

Dari kisah ini, jelas kelihatan yang dalam, Abu Bakar r.a sendiri mengiktiraf satu pertunangan itu sah, walaupun yang datang kemudiannya risikan itu adalah dari  Rasulullah SAW sendiri. Adakah ia perkara besar? iya!! perkara seperti ini tidak boleh dibawa bermain2 seperti janji kanak-kanak untuk berkahwin antara satu sama lain pada waktu dewasa yang sering dipertontonkan kita di kaca TV masing2 :),

Sebagai penutup, ana menasihatkan rakan2 sekalian, mulakan langkah anda ke arah perkahwinan itu dengan satu pemikiran yang sungguh matang, dan bersedialah untuk kearah perkara tersebut. Ingat, toleransi itu adalah segala2nya, bertembung dengan satu keluarga baru yang diri kita mungkin tidak dapat faham  kerana pemikiran yang berlainan yang mungkin berlawanan.

Written by xralfy

November 16th, 2008 at 12:11 am

2 Responses to 'Apa Erti Pertunangan?'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Apa Erti Pertunangan?'.

  1. Kahwin nanti jemput. Kami ni ternganga aja la :)

    Safwan

    16 Nov 08 at 3:52 pm

  2. Safwan….engko mesti akan aku jemput…insyaAllah..takkan ku lupa orang2 yang aku hormati :)

    xralfy

    16 Nov 08 at 4:22 pm

Leave a Reply