We ALL have things to learn..
We All have things to learn
Lepas pulang dari Idris Taufiq Talk’s in Boole 2 UCC, dapatlah aku membuat kesimpulan senario pengislaman saudara baru adalah sama di mana2 negara, termasuklah di malaysia sendiri. untuk tahun ini, 3 kali aku mendengar perkara yg sama, 2 paderi dan 1 chinese, menceritakan perkara yang sama tentang perjalanan hidup mereka dengan emosi yang sama ditunjukkan.
Terpanggil untuk menulis entry ini, apabila Idris Taufiq menyebut, sumber kita adalah Al-Quran dan Sunnah, bukannya dari syeikh sini, bukanya dari ustaz itu atau ini. Sayang sekali aku sering melihat rakan2ku senang terpengaruh dengan ustaz tu dan ustaz ini, tanpa melihat dan merujuk apa yang diperkatakan oleh ustaz2, Syeikh2, dan Idris Taufiq sendiri.
Satu perkara dan satu ungkapan yang menyentuhku dan menyejukkan hatiku apabila Brother Idris menyebut ‘We All have things to learn’, memang benar apa yang diungkapkan oleh beliau..
Persoalannya, bagaimana pula dengan sejarah Nabi-nabi kita? apakah reference kita?, ia tetap jatuh kepada Al-Quran dan hadith, dibawah ini saya mengepilkan 5 muka surat ekstrak dari buku sebagai rujukan sirah ana dari perspektif hadith serta pendapat ulamak sirah dan hadith, untuk rakan2 sekalian dalam persoalan pensyariatan azan dan pengislaman Saidina Hamzah, yang disebut oleh Idris Taufiq sendiri semasa di Boole 2 UCC. Buku ini adalah salah satu buku teks sirah yang ana guna dalam pengajian hadith ana di malaysia pada waktu cuti musim panas yang lepas. terdapat sedikit term hadith yang mungkin rakan2 sekalian tidak paham, tidak mengapa abaikan sahaja, penjelasan untuk setiap jenis2 hadith ini memerlukan masa yang lama dan pengajian yang mendalam. Saya harap rakan2 dapat memanfaatkan entry ini, InsyaAllah..





Muhammad Asraf Ismail, University College Cork, Ireland, 3rd Year Medicine
Assalamualaikum…..
jazakallah khair…
sgt bermanfaat…
bole bg tau tajuk buku seerah ni?
kalo ade soft copy pon mcm best gak…
“Setiap kata-kata boleh diterima atau ditolak melaenkan kata-kata dari Rasulullah dah kata-kata Allah”
‘keduanya wajib diterima haram ditolak’
Wassalam…
Sudin
22 Oct 08 at 8:33 am
Salam, boleh bagi overview sikit tentang apa yang Idris Tawfiq cakap? Sebab aku takde di situ, maka susah nak bandingkan kedua-dua maklumat.
Safwan.
Safwan
23 Oct 08 at 1:47 am
salam,
safwan, idris tawfiq cume terangkan jek sirah tu… tiada masalah dalam penerangan beliau, cumenyer terdapat sedikit loop holes dalam die nyer penerangan.
msg entry ini hanya untuk menggalak mereka yg taklid kepada seorang ustaz untuk membuat rujukan pada kitab2 yg sahih… bukannya duduk didalam linkungan ilmiah yg kecil dan tidak merujuk
xralfy
25 Oct 08 at 7:34 pm