Ku rentasi perjalanan Imam Bukhari..

last 2 weeks were tremendous. a lot of new things are coming..the pathology was non-stop gushing into my brain. argh…i felt sick just by learning about diseases. No choice but to take it. Alhamdulillah, The clinics session seems to be the one that drives my pathology knowledge to another level which allow me to think practically as Medical student. I hope my 4 weeks of journey in Bon Secourse Hospital would be a pleasant one. InsyaAllah.

Siapakah imam Bukhari?
Imam Bukhari berasal dari Uzbekistan asia tengah. beliau dilahirkan pada 13 Syawal 194 H. Salah seorang cendikiawan Islam yang terbesar yang menulis kitab Sahih nya, Al-Jami’ As-Sahih. Jikalau kita lihat tahun kelahiran imam Bukhari, beliau lahir dalam lingkungan zaman 300hijrah. Masih teringat di dalam hatiku semasa aku berada di kelas mingguanku bagi kitab Bahrul Al-Madzi, Syarah sahih Imam At-tirmidzi, dalam bab fitnah, dimana salah satu hadith rasulullah SAW pernah menyebut tentang amanah. hadith tersebut mengrungkaikan tentang sifat amanah manusia yang Rasulullah SAW sendiri menyebut tempohnya iaitu 300 tahun selepas zaman Nabi, kemudiannya amanah itu ditarik oleh Allah SWT pada seluruh umat manusia..yang hanya tinggal adalah tompok2. Ia memberi gambaran awal kepada kita tentang kredibiliti Imam Bukhari sebagai perawi hadith.
Seperti semua tahu, imam Bukhari dilahirkan dalam keadaan buta selama 10 tahun, kemudian pulih, hasil usaha ibunya yang jenuh berdoa kepada Allah SWT. Alhamdulillah. Latar Belakang Imam Bukhari adalah sangat wara’ terutamanya bapanya yang bermazhab maliki terkenal sebagai ahli Fiqh yang sungguh berhati2 dengan perkara yang syubhat.
Terdapat satu kisah semasa Imam Bukhari mengenai ketilitian beliau dalam pemilihan hadith. Pada waktu itu, beliau sedang mencari perawi hadith, lalu melihat pemegang sanad hadith itu cuba memberi makan kepada binatang. lalu beliau melihat pemegang sanad menarik balik makanan tersebut hanya semata2 untuk memegang kepala binatang tersebut dan makanan tersebut dijadikan umpan sahaja. Hanya dengan kejadian ini sahaja, beliau terus menolak pendapat hadith daripada pemegang sanad tersebut.
mengenai kebijaksanaan beliau, pernah didatangi 10 oleh ahlul hadith yang cuba menguji kepintaran beliau. mereka memberi 100 hadith yang telah diputar belitkan makna nya. Kebijaksaan beliau terserlah apabila beliau bukan sahaja dapat membetulkan hadith tersebut malah dapat menerangkan makna2 hadith itu dengan lebih mendalam serta menghafalnya. Terdapat pendapat mengatakan Imam Bukhari menghafal lebih dari 15000 hadith di dalam kepalanya. Sepanjang perjalanan hidupnya, terdapat pendapat yang mengatakan beliau menghafal hampir 1 juta hadith dan tidak semua itu dimasukkan kedalam al- Jami; As-Shahih beliau. Setiap hadith tersebut disaring dengan proses yang sangat ketat. Ada pendapat mengatakan sebelum beliau ingin memasukkan hadith itu, beliau akan sembahyang istikarah dan berdoa pada Allah.
Terdapat juga pendapat dimana Imam Bukhari pernah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW. Sebagai satu informasi tambahan, syaitan dapat menjelma dalam perbagai bentuk dalam mimpi, kecuali merupai Rasulullah SAW. maka untuk bermimpi menjumpai rasulullah SAW itu, menunjuk betapa besarnya tsiqah dan wara’ beliau.
Apabila bercerita tentang imam Bukhari, memang tidak lari daripada seorang imam besar pada zaman itu, iaitu Muhammad bin Yahya yang menjadi kontroversi kepada Imam Bukhari. saya qoute dari web http://opi.110mb.com/haditsweb/sejarah/sejarah_singkat_imam_bukhari.htm untuk menerangkan kisah ini dengan lebih lanjut
Terjadinya Fitnah
Muhammad bin Yahya Az-Zihli berpesan kepada para penduduk agar menghadiri dan mengikuti pengajian yang diberikannya. Ia berkata: “Pergilah kalian kepada orang alim dan saleh itu, ikuti dan dengarkan pengajiannya.” Namun tak lama kemudian ia mendapat fitnah dari orang-orang yang dengki. Mereka menuduh sang Imam sebagai orang yang berpendapat bahwa “Al-Qur’an adalah makhluk”.
Hal inilah yang menimbulkan kebencian dan kemarahan gurunya, Az-Zihli kepadanya. Kata Az-Zihli : “Barang siapa berpendapat bahwa lafadz-lafadz Al-Qur’an adalah makhluk, maka ia adalah ahli bid’ah. Ia tidak boleh diajak bicara dan majelisnya tidak boleh didatangi. Dan barang siapa masih mengunjungi majelisnya, curigailah dia.” Setelah adanya ultimatum tersebut, orang-orang mulai menjauhinya.
Sebenarnya, Imam Bukhari terlepas dari fitnah yang dituduhkan kepadanya itu. Diceritakan, seseorang berdiri dan mengajukan pertanyaan kepadanya: “Bagaimana pendapat Anda tentang lafadz-lafadz Al-Qur’an, makhluk ataukah bukan?” Bukhari berpaling dari orang itu dan tidak mau menjawab kendati pertanyaan itu diajukan sampai tiga kali.
Tetapi orang itu terus mendesak. Ia pun menjawab: “Al-Qur’an adalah kalam Allah, bukan makhluk, sedangkan perbuatan manusia adalah makhluk dan fitnah merupakan bid’ah.” Pendapat yang dikemukakan Imam Bukhari ini, yakni dengan membedakan antara yang dibaca dengan bacaan, adalah pendapat yang menjadi pegangan para ulama ahli tahqiq (pengambil kebijakan) dan ulama salaf. Tetapi dengki dan iri adalah buta dan tuli. Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa Bukhari pernah berkata : “Iman adalah perkataan dan perbuatan, bisa bertambah dan bisa berkurang. Al-Quran adalah kalam Allah, bukan makhluk. Sahabat Rasulullah SAW, yang paling utama adalah Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali. Dengan berpegang pada keimanan inilah aku hidup, aku mati dan dibangkitkan di akhirat kelak, insya Allah.” Di lain kesempatan, ia berkata: “Barang siapa menuduhku berpendapat bahwa lafadz-lafadz Al-Qur’an adalah makhluk, ia adalah pendusta.”
“Barang siapa menuduhku berpendapat bahwa lafadz-lafadz Al-Qur’an adalah makhluk, ia adalah pendusta.
point yang ni terakhir ni ana tak beberapa pasti, tetapi yang ana tahu, Imam Muslim yang juga anak murid Imam Bukhari, juga anak murid kepada Muhammad bin Yahya Az-Zihli pernah marah kepada Muhammad Bin Yahya Az-Zihli dan terus meninggalkan Muhammad bin Yahya pengajian sehinggakan tidak meletakkan nama Muhammad Bin Yahya yang warak dan tsiqah nya tinggi ini sebagai gurunya dalam sahih muslim. Imam Bukhari tidak menyalahkan Muhammad Bin Yahya sepenuhnya, malah tsiqah dan wara’ nya Muhammad bin Yahya ini dan tidak berdusta dalam hadith. diiktiraf oleh Beliau. maka dalam hadith-hadithnya masih terdapat nama Muhammad Bin Yahya Az-zihli sebagai salah seorang daripada sanad yang boleh dipercayai
Sebagai penambahan kepada kisah di atas, satu kisah menarik dimana Imam Bukhari berhijrah dari kampungnya akibat fitnah tersebut. apabila beliau sampai ke kampung seterusnya, Kebetulan adik kepada Muhammad Bin Yahya Az-Zihli ini gabenor kepada kampung tersebut. Maka beliau dihalau dari kampung tersebut, tetapi Imam Bukhari sebelum beliau keluar, beliau meminta surat dari gabenor tersebut atas penghalauan beliau dari kampung tersebut. Lalu ditanya oleh Gabenor tersebut, kenapa engkau mahu surat itu. Lalu dijawab imam Bukhari, aku ingin jadikan surat ini sebagai bukti di akhirat nanti, yang aku tidak dibenarkan menyampaikan hadith sunnah Rasulullah SAW. (tergamam aku mendengar kisah ini)
Setakat itu sahaja perkongsian saya mengenai tokoh Hadith yang sahih ini. saya tutup kisah ini dengan satu hadith yang rasulullah SAW sering sebut setiap kali ingin menutup khutbahnya.
“Setiap bida’ah adalah menjurus kpd. kesesatan dan setiap kesesatan menjurus kpd. api neraka”
(Riwayat Nasa’i dan Ibnu Majah)
Muhammad Asraf Ismail, University College Cork, Ireland, 3rd Year Medicine