Nawaitu…

Alhamdulillah, after a long haul of clinics and classes, i managed to survived it with an open heart. I never thought it would be this though this year. Pathology result has come out, and Alhamdulillah i managed to pass it. I hope that i can maintain istiqamah with my study, insyaAllah. I do realized that clinics are very challenging especially those who got placement at Cork University Hospital(CUH). Seems very hard to get a good patient who can tolerate with you. Some of them really hate students but they have no choice but to entertain u. I still remember when i was with Ross, we nearly go to 6 beds to find patient who were listed for us to take history, Subhanallah, not even single one we manage to take their history and examination. Some of them were too sick to entertain us, some of them are busy, some of them have relatives who throw us away from them, some of them dont even exist in the hospital. I was laughing knowing the fact that it was this hard to get patient in CUH. Watever it is, i have to get through this year, I hope u guys will pray for my success as i will pray for yours too. insyaAllah.

NAWAITU….
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ، قَالَ:
“إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ، ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ: فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا، كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا، كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ، إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ، إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ، وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا، كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا، كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً”.
Hadis Ibnu Abbas r.a: Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w tentang hadis Qudsi yang baginda riwayat daripada Allah s.w.t di mana Allah telah berfirman: Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan-kebaikan dan kejahatan-kejahatan. Kemudian baginda menerangkan hal itu: Sesiapa berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi tidak lagi melakukannya, maka Allah mencatatkan niat itu sebagai kebaikan yang sempurna di sisi-Nya. Jika seseorang itu berniat ingin melakukan kebaikan lalu dia melakukannya, maka Allah mencatatkan di sisi-Nya sepuluh kebaikan hingga sampai tujuh ratus kali ganda seterusnya hingga kepada gandaan yang sebanyak-banyaknya. Jika seseorang berniat ingin melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya, maka Allah mencatatkannya sebagai satu kebaikan yang sempurna di sisi-Nya. Jika dia berniat untuk melakukan kejahatan lalu melakukannya maka Allah mencatatnya sebagai satu amalan kejahatan sahaja. - Hadith dari Imam Muslim
Pernah terfikir dihatiku tentang masalah yang sering melanda pada hati setiap manusia adalah persoalan niat. apabila kita berbicara tentang niat, maka perlulah kita takrifkan apa itu niat sendiri. jika didalam bahasa melayu, niat itu akan bertindih maknanya dengan azam, bisikan hati, fikiran, tujuan dan sebagainya. sama juga dengan bahasa arab, apabila niat itu disebut, maka ia bole memaknakan salah satu daripada perkataan yang memaknakan niat. tetapi kita tahu, setiap perkataan tersebut memaknakan yang berlainan, cumanya ia tidak terjawab dengan kata2, melainkan apabila kita merujuk makna tersebut dalam kamus untuk pemahaman selanjutnya. tetapi apabila kita lihat semula, makna perkataan seperti azam, bisikan hati ini, tidak memaksudkan niat itu secara keseluruhannya.
Persoalan maksud niat ini telah dibincangkan oleh ulamak2 dan mereka membahagikan niat itu kepada 4, dalam niat kita melakukan sesuatu perkara.
1. Hadisun Nafs - lintasan hati, jikalau kita nak letakkan peratus kepastian niat kita itu, ia lebih kurang dari 1% hinggalah ke 49%, dimana % untuk tidak berbuat sesuatu itu lebih besar dari % untuk berbuat sesuatu perkara.
2. At-Turaddun - lebih kepada nak taknak, dalam peratusnya 50% nak 50% tak nak.
3. Hamd - perasaan nak buat sesuatu perkara itu lebih daripada peratus tak nak buat. cumanya, usaha itu tidak ada lagi. jika dalam peratus, 51% hingga 99%
4. Al-Uzmu - azam ataupun lebih kepada 100% dan sudah berusaha kearah perbuatan tersebut
Sebelum saya menguraikan perbincangan ulamak, hendaklah saya beritahu dalam hadith tersebut, rasulullah SAW menyebut perkataan niat itu dengan perkataaan Hamd هَمَّ. maaf kerana hadith dalam arabic version itu tidak beberapa jelas.
Ulamak bersepakat melalui hadith ini mereka mengatakan niat yang di dalam kategori 1 dan 2 itu tidak dihisab oleh Allah mahu perkara itu baik ataupun buruk. Hanya dalam kategori 3 dan 4 sahaja akan dihisab niatnya dan diberi hasanah atau kejahatan kepadanya.
Dalam menghuraikan makna hadith ini dengan lebih mendalam kita perlu melihat satu persatu inti pati hadith ini, kita mulakan dengan perkara maksiat atau kejahatan. saya menggunakan contoh berbual perkara lucah. apabila kita berniat untuk berbual tentang perkara tersebut lalu kita tidak melakukan perkara itu, maka sebab kita tidak melakukan perkara itu akan menjadi penyebab dalam pengiraan pemberian hasanah. Contohnya, apabila sebelum ia ingin bercakap sesuatu yang mungkar, lalu datang seorang memperingati nya tentang Allah, lalu dia tidak melakukan perkara tersebut maka diberilah hasanah kepadanya.
Ulamak juga berpendapat, dalam perkara kejahatan, apabila ia sampai niatnya hingga ke taraf al-Azmu, maka ia telah dikira berdosa. Ini berdasarkan daripada hadith rasulullah SAW
Dari Abu Bakrah, yakni Nufai’ bin Haris as-Tsaqafi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w.
bersabda:
“Apabila dua orang Muslim berhadap-hadapan dengan membawa masing-masing
pedangnya - dengan maksud ingin berbunuh-bunuhan - maka yang membunuh dan yang
terbunuh itu semua masuk di dalam neraka.”
Saya bertanya: “Ini yang membunuh - patut masuk neraka -tetapi bagaimanakah
halnya orang yang terbunuh - yakni mengapa ia masuk neraka pula?”
Rasulullah s.a.w. menjawab:
“Kerana sesungguhnya orang yang terbunuh itu juga ingin sekali hendak membunuh
kawannya.” (Muttafaq ‘alaih)
melalui hadis ini, membuktikan bahawa niat itu mampu membuat kita berdosa. persoalan yang penting disini adalah apakah perkara yang menghalang kita dari melakukan kejahatan tersebut, jikalau kita didatangi seseorang lalu menasihati kita untuk mengingati Allah, maka disitulah terletaknya hasanah dalam hadith Qudsi tersebut, jikalau dihalang atas sebab yang tertentu seperti kes bunuh ini, maka ia tetap berdosa.
Dalam persoalan ‘gandaan 10 hingga 700 dan lebih lagi itu’ ia tertakluk kepada beberapa faktor. Di dalam entry ana akan berikan 2 faktor. Faktor pertama adalah Persoalan Waktu. Kita lihat sendiri dalam bulan ramadhan, ia adalah satu keberkatan buat umat islam kerana pada waktu itu paling afdhal dan paling sunnah bagi umat islam untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT. ini terbukti dengan Hadith yang akan ana senaraikan
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
3 hadith ini cukup untuk membuktikan betapa besarnya faktor waktu itu mempengaruhi pergandaan tersebut. Satu lagi contoh seperti Solat Malam (qiyam). itu juga merupakan satu pergandaan yang dikira oleh Allah SWT. terbukti dalam Firman Allah SWT
‘Dan di waktu malam bangkitlah sembahyang tahajjud sebagai sembahyang
tambahan bagi ibadatmu semoga ALLAH membangkitkanmu di hari Akhirat dengan
kedudukan dan darjat yang terpuji” Al - Isra’ (79).
Satu lagi faktor yang ingin ana sentuh adalah faktor tempat. Ini terbukti dalam Hadith rasulullah SAW
‘Mendirikan sembahyang di masjidku ini ganjarannya adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di termpat lain melainkan masjidil haram‘ (Rawahul Bukhari wa Muslim)
hadith ini juga membuktikan pergandaan tempat itu sendiri.
Diharapkan antum semua dapat berusaha untuk mempergandakan segala amalan yang dilakukan. Biarlah perkara yang kita amalkan itu sikit tetapi cukup menggandakan ganjarannya, tetapi tidak juga memandang rendah perkara2 sunnah yang insyaAllah dapat menambahkan lagi bekalan kita di akhirat kelak. InsyaAllah..
Muhammad Asraf Ismail, University College Cork, Ireland, 3rd Year Medicine