sigh…. a sign of relief, now in the middle of a big test, a silence test i’ll say, to be istiqamah in everything! that is very hard, including writting this blog. maybe my head is messed up due too much of things which is totally duniawi.
i still remember my experience with european tabligh, its a best experience i ever had, it change my paradigm of thoughts on tabligh, May Allah bless them with His rahmah. tabligh in malaysia has been stained by negative thoughts due to the fact that a tiny amount(mungkin satu dua jek kot) of tabligh which abandon their family without leaving any nafkah for them, which already violate some of the priority which need to be given as a husband. This itself gives a ver bad impact on the whole tabligh in malaysia, its like opening a pandora box, once its open, you cannot close it, it will remain negative. i will discuss further more on this matter later in this entry.
one thing which i realized is that they do appreciate their family, and everytime they go to ‘jemaah’ (which they refer as ‘the path of God’ or renowned among malaysian student as 3days!! 40days!!(tersenyum)), they will make sure that everything wajib has been settled. i am so pleased to see them because the way they treat ppl are so different.
there is one guy, who is a taxi driver, his job is totally for the sake of dakwah. i am so impressed, his friends told us that everytime there is someone who need a ride, he will use that opportunity to spread dakwah. he will never stop telling about how great Allah is. astonished, not because of what he do, but what he will get from Allah. i am so jealous of him =(

Kenapa kita kene kahwin awal?
sebelum ana mula, biarlah ana qoute satu firman Allah SWT
‘Dan kahwinkanlah orang bersendirian (belum kahwin) di antara kamu…’ (an-nur 24:32)
satu arahan yg jelas diberikan oleh Allah supaya manusia berkahwin, tersenyum ana membaca ayat ini. mana tak nya, bile Allah suruh kita kahwin, jadik happy la. ana menulis blog ini bukan untuk menyangkal realiti satu perkahwinan, tetapi agar ia menjadi satu galakan kepada kawan2 ana untuk terus niat berkahwin, bukan bermain2 dengan anak dara orang. (PERINGATAN: PEREMPUAN ITU ANAK DARA ORANG, BUKAN MILIK ANDA!! SETIAP KEROSAKAN HATI YG DILAKUKAN PADA PEREMPUAN ITU, MAKA IA ROSAKKAN HARTA ORANG, FIKIRKAN JIKALAU PEREMPUAN ITU ANAK ANTUM SENDIRI, SANGGUPKAH MEMBIARKAN ANAK-MU DIROSAKKAN DAN DIBAWA MENDEKATI NERAKA?!!)
apabila muda2 ini, kita dibanjiri dengan beribu2 pengalaman orang ramai mengenai perkahwinan, ada yang baik dan ada yang buruk, memang tidak disangkalkan terdapat satu realiti dalam perkahwinan, dimana ia adalah satu perkara yg berat buat seorang muslim, tetapi ingat, hidup ini kita yg tentukan coraknya, jika kita rasa berat, maka ia berat, contoh paling mudah, solat, apabila seseorang itu menganggap solat itu sungguh berat, maka beratlah ia, jika dia menganggap ia mudah, maka ia ringan. persoalan perkahwinan ini sungguh panjang jikalau kita bermain dengan perkataan ‘kalau’. tak abis2 kita nak guna, kalau kalau kalau!! jangan kita bermain terlalu lama dengan perkataan kalau, kerana ia hanyalah satu perkara yg membuang masa.
cukup ana menutup permainan ‘kalau’ ini dengan satu hadis rasulullah SAW
‘Nikah itu adalah sunnatku, maka barangsiapa yang benci kepada sunnatku, niscaya telah membenci aku‘
kenapa kita kene kahwin awal?, persoalan yg menarik yg perlu ditanya kepada diri kita ini. Sabda Rasulullah SAW
‘Barangsiapa yang mampu untuk berumahtangga, maka hendaklah ia berkahwin, kerana yang demikian itu dapat memelihara mata dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu adalah dapat menahan keinginan(hawa nafsu)‘
hadis ini sudah jelas menunjukkan perkahwinan itu menghindari kita dari kecelakaan yg mungkin dilakukan oleh mata dan kemaluan. ingin ana qoute
kata2 dari ibnu abbas r.a
‘Tidak sempurna ibadat orang yang beribadat sehingga ia berkahwin‘
ImamAl-ghazali mentafsirkan kata2 ini, ia menyebut, hati seseorang itu tidak dapat mengalahkan syahwat melainkan dengan berkahwin, dan ibadat pula tidak akan sempurna melainkan dengan ketetapan dan ketenangan hati.
ana tidak menyangkal kewajipan besar kepada seorang suami, memang besar, memberi nafkah itu adalah satu perkara yg sukar jelas dalam firman Allah SWT
“Dan menjadi kewajiban ayah untuk mencukupkan keperluan rezeki – makan minum – serta
pakaian dangan secara baik -sepantasnya – kepada ibu yang menyusukan anaknya.“(al-Baqarah 2:233)
“Hendaklah orang yang mampu itu memberikan nafkahnya sesuai dengan kemampuannya dan
barangsiapa yang terbatas rezekinya, maka bendaklah memberikan nafkabnya sesuai dengan pemberian Allah kepadanya. Allah tidak memaksakan kepada seseorang melainkan sesuai dengan karunia yang diberikan olehNya kepada orang itu.” (at-Thalaq 65:7)
memang berat memberi nafkah ini wahai kawan2ku tetapi ingatlah, Allah SWT juga berfirman
“Dan segala sesuatu apapun yang engkau semua nafkahkan, maka Allah tentu menggantinya.”
(Saba’: 39)
janganlah kita sempitkan pemikiran kita , apabila memberi, maka ia akan berkurang. apabila kita menutup pemikiran kita apabila kita memberi maka duit kita akan berkurangan, fikirkanlah semula, itu adalah bisikan syaitan yang menghalang kamu dari mengecapi redha Allah. ingatlah apabila kita memberi, Allah SWT tentu akan menggantinya. hidup ini mengejar redha Allah, bukan redha manusia sahaja. marilah kita mendekati Allah SWT.
Dari Abu Hurairah r.a, rasulullah SAW bersabda
“Sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk perjuangan fisabilillah, sebuah dinar
yang engkau belanjakan untuk seseorang hambasahaya – lalu dapat segera merdeka, sebuah
dinar yang engkau sedekahkan kepada seseorang miskin dan sebuah dinar yang engkau
nafkahkan kepada keluargamu, maka yang terbesar pahalanya ialah yang engkau nafkahkan
kepada keluargamu itu.” (Riwayat Muslim)
lihatlah wahai kawan2 ku, besar balasan kita memberi nafkah kepada isteri dan anak2 kita. jangan pandang rendah akan perkahwinan itu, ia-nya adalah satu perkara yang tinggi mulianya. bukan satu perkara yang dimain2kan. Rasulullah SAW sendiri mengatakan besarnya keridhaan Allah itu dengan memberi nafkah kepada keluarga mu lebih tinggi dari membelanjakan didalam perjuangan fisabilillah itu sendiri.. BESAR!! BESAR WAHAI KAWAN2KU!
mungkin sesetengah daripada antum semua berfikir, ala takpe tak yah kahwin lagi..tunggu lagi 3 4 tahun lagi lepas dah kerja ke..baru bole kahwin, skarang ni jalan2 bawak anak dara orang bole jek..bukan salah pun, jalan2 jek. tak pun, kita gi makan2 jek tgk wayang jek. bukan buat ape2 pun. satu lagi pemikiran, skarang bole jek buat dosa, tua nanti bertaubatlah. ala, kita bukan sentuh2 pun, cuma telepon2 jek. inilah pemikiran typical kawan2 ku. ini masalah sosial yang tela berleluasa dikalangan remaja pada masa kini, tidak kira sekecil2 umur 14 tahun hinggalah sebesar-besar umur 30 tahun. penat, kerana perkara ini tidak akan sudah. ada dari sebahagian dari kawanku yang bertekad untuk tidak ‘berpasang2′ sehingga kahwin, memang cantik niat tersebut, tetapi hanyut juga di bawah ombak sosial yang membasahi kawan2 ku ini.
ingin ana kongsikan satu huraian hadis yang ana dengar dari radio IKIM.fm, dalam section tafsir surah al-asr
“apabila kamu ‘bersama’ dengan isteri-mu itu adalah sedekah, tetapi apabila kamu mengadakan zina, maka tertulis kepadanya dosa yang sungguh besar. ”
fikirkan wahai kawan2ku, sesaat kamu bersama dengan isteri-mu dipenuhi dengan keberkatan, tetapi sesaat kamu bersama dengan bukan mahram atas niat nafsu mu, ia dilihat dan dicatat. fikir2kanlah. jangan kecilkan skop zina itu kepada dalam persetubuhan, sesungguhnya terdapat berbagai2 jenis zina, termasuklah zina hati.
sebagai penutup tirai, pasanglah niat untuk berkahwin kepada sesiapa yang sudah menjumpai calonnya, dan ingatlah, jangan kamu sibuk berpasang-pasangan, jauhi daripada budaya bercouple ini, sungguh bahaya wahai kawan2 ku, bukan satu perkara yang mulia pun, malah satu perkara yang ditegah dalam Islam. pergilah mana2 forum fikh, type la couple dalam islam, hanya satu jawapan sahaja yang antum semua akan jumpa.. HARAM! dan kepada sesiapa yang sudah memasang niat itu, perlu disusuli dengan perbuatan, bukan niat jek…masuk pinang terus..tak yah nak bawak anak dara orang merata2 tempat. buat tambah dosa jek
PS: menulis untuk peringatan diri sendiri juga..wallahualam



#1 by Safwan at April 2nd, 2008
| Quote
a’ah. may Allah lead us to the best of His plans.
#2 by jEpPy at April 2nd, 2008
| Quote
ambil la pengajaran dr apa yg kite baca…
sempat ke kite nak bertaubat sblm ajal kite smp?jd jgn la buat perkara2 maksiat… (peringatan lbh kepada diri sendiri dan juga utk sesiapa yg membacanya)
#3 by xralfy at April 2nd, 2008
| Quote
#4 by Diyana at April 2nd, 2008
| Quote
Nice one! kawin cecepat ek acap, aku nak makan nasik minyak budak batch sendri punye kenduri kawin, hahaha
#5 by Asrih Arif at April 2nd, 2008
| Quote
Firstly, I think terlalu byk org yg x suka tabligh even kat masjid pun although diorg mmg baik… I x hairan, sbb mmg susah nak buat baik diakhir zaman… Akan datang suatu masa diaman tidak ada orang pun nak terima sedekah!
Secondly, Kawen awal itu bila dah sampai seru… hahaha Anyway, kalo nak kawen kna fikir masak2 sbb ramai jak yang kawen awal dan cerai, not everyone but mostly yang saya tgk.. so, makcik saya selalu cakap “jangan nak gatal kawin awal, mak bapak tak rasa lagi duit awak. bila nak balas kalo dah ada keluarga sendiri?” walaupun saya x berapa setuju but bila fikir balik memang ada betulnya.
Jadi, ada yang kata nak kawen awal sebab nak elak maksiat. Bagi saya, fikir dulu tanggung jawab lain sebelum tambah tanggungjawab baru. Mak bapak pun kita masih berhutang, ada hati nak tambah hutang lagi!
hihhih
Maaf… terpanjang plak komentarnya..
#6 by iliana at April 3rd, 2008
| Quote
couple dalam islam, hanya satu jawapan sahaja yang antum semua akan jumpa.. HARAM!<— gud one..canela nak buat org lain paham ni..
#7 by paipon at April 4th, 2008
| Quote
brothers.. its haraaam…
good reason to stay single..
lets dota some more.. biler dah tua baru suruh mak carikan..
cukuplah sekadar bertaaruf.. haha
#8 by Faris at April 4th, 2008
| Quote
Salam…
Pasal kahwin awal ni adalah terpulang kepada diri sendiri. Kalau sudah bertemu jodoh eloklah lekas kahwin…
Walaubagaimanapun seseorang yang nak kahwin awal tu terutamanya ketika belajar perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental selain daripada zahir dan batin. Ini kerana kahwin awal terutama ketika belajar mmg byk dugaannya. Tapi bagusnya kahwin awal dapat mengelakkan daripada melakukan maksiat dan mengelakkan fitnah. Tiada paksaan dalam berkahwin kerana hukum berkahwin sendiri ada 5 iaitu wajib, sunat, makruh, harus dan haram mengikut keadaan.
Nasihat saya kalau nak kahwin awal pastikan kita bersedia sepenuhnya dari segi tanggungjawab. Kahwin la dengan niat kerana Allah. Renung2kan lah…
Wassalam
#9 by Ar Hisham at April 4th, 2008
| Quote
Serap… pekate aku design wedding pavilion untuk ko… nak?
#10 by mai at April 4th, 2008
| Quote
salam
good effort with the blog, acap..
yup2 perkawinan mmg satu yg digalakkan islam.. so kalau sudah bersedia tu, cepat2 kan la, moga terhindar dari maksiat
salams..
#11 by roy at April 4th, 2008
| Quote
salam bro…
masyaAllah brader…come brader, make intention…starting with 3 days…hehe…
asraf, ko tunjuk contoh dulu…baru orang lain ikut…hehe…
cara lain untuk elak drp terlibat dgn couple2 ni ialah dengan menyibukkan diri dengan perkara2 yg berfaedah such as aktif dalam berpersatuan dan sebagainya…jadi masa kita akan sentiasa terisi dan xde masa nak gayut2…=)
#12 by asma' at April 16th, 2008
| Quote
Alhamdulillah..a good article..bukan mudah nk fahamkan org (esp org2 muda) tentang haramnya couple atau batas2 pergaulan dlm islam..ramai juga yg eventho bkan couple..tapi pergaulan xterjaga dgn opposite gender..
mmg mudah nk kata “kawen la cepat”..”kawen awal lagi bagus”..etc..etc..but it comes with big responsibilities..baik kpd suami mahupun pada isteri..takut nnti kerana peer pressure, semua pon nk kawen walaupun xsedar betapa besar tjwb nya.. (ye lah kan..kat cork ni x sah kalau xde yg x kawen every year =) tiap2 tahun mesti at least 3 kenduri kawen..)
conclusion…best kawen nih..(hehe)..mmg rugi jugak kawen dah umur 23thn..hehe..tp kena sentiasa faham tjwb as a wife/husband dan sedar kawen ni bkan la manis mcm madu je..pahit dan kelat pun byk juga..kena byk sabar..sabar dan sabar…so..all the best kpd yg bakal mendirikan rumahtangga..acap ble lagi?
#13 by Eros at April 24th, 2008
| Quote
Salam,
Kalo topik kawen ni ramai je yg komen. Topik lain yg acap tulis x hangit mcm topik ni ye. Kene buat kajian ni. Knape manusia suke baca n fikir bnde2 mcm ni? Hehe interesting (”,)
well done bro….
Wslm
#14 by xralfy at April 24th, 2008
| Quote
hehe…tak kisah pun eros…comment and tidak comment itu tidak melambangkan apa2..yang penting ade orang yg membacanye
tapi sebenarnya isu ini lebih kene pada remaja usia kita..memanglah menjadi satu daya tarikan
#15 by improudtobemuslim at August 22nd, 2008
| Quote
mumdad memang tak stuju kwin awal wlaupun ana dah ad calon. katenye, mnurut pnglman, ramai yg kawin time blaja, bile kerje, cerai berai. pihak laki pula, maknye takut nanti diabaikan bila dah berkawin. mucmne nk menepis pandangan ni??
#16 by xralfy at August 23rd, 2008
| Quote
hmm…soalan yang agak mencabar untuk dijawab sebenarnya..mungkin saya bole memberi sedikit nasihat yang tidak seberapa…
dalam persoalan nikah ini, YANG PALING PENTING ADALAH RESTU KEDUA IBU BAPA TERMASUKLAH DARI PIHAK YG SATU LAGI. perkara ini adalah satu perkara yang penting kerana dalam perkahwinan itu, ia melibatkan percantuman keluarga, bukannya percantuman individu. maka apabila kita bercakap tentang keluarga, maka kita melibatkan satu kumpulan manusia dan setiap manusia itu mempunyai pengalaman masing2, dan pengalaman inilah yang membentuk pemikiran mereka. jadi, by hook or by crook, we must always remember that blessing from both parents is one important factor in the determining our relationship with our partner.
saya tidak bole menyangkal pendapat ini dengan hujah yang kukuh, tetapi mengikut pengalaman sendiri, contoh yg jelas perlu diberikan kepada kedua ibubapa tidak kira dari side mane pun(contohnya abg sendiri or mungkin kawan2 baik yang bole dijadikan contoh kepada kedua ibubapa,), agar didoakan terbuka hati mereka untuk membenarkan perkahwinan itu dijalankan semasa dalam tempoh pembelajaran, memang susah, tetapi itu adalah salah satu caranya.
mungkin satu lagi, jangan mudah mengalah, tunjukkan kesungguhan, terutamanya pihak lelaki, come up with a proper plan, jgn duk sibuk bercinta, tak pk pun camne nak jaga anak dara orang..wallahualam..hanya sebagai melontar pendapat
#17 by niesa.imana at September 4th, 2008
| Quote
salam… btol2, sy stuju yang kawin tu adalah suruhan-NYA dan ia menyempurnakan agama kita.. tp, macammn ek, sekarang ni d kalangan teman2 sy macam ada fenomena ‘nak kawin awal’ sedangkan dorang xda preparation pun ke arah itu dan dorang bukannya dalam ketegori mereka yg bercinta… sy cuma harap mereka tak main2 pasal kawin ni.. hurm..
#18 by niesa.imana at September 4th, 2008
| Quote
owh ya, mintak halal gmbar kat atas ye.. plz..
terima kasih.. +)
#19 by Huda at September 15th, 2008
| Quote
salam ziarah, good posting… tapi nk tambah satu lagi perkara yg sy rasa tak kurang pentingnya iaitu ilmu parenting…. hmmmm masalah anak2 yg berlaku zaman sekarang ni semuanya sebab ibu ngan ayah tak bersedia utk menjadi ibu dan ayah… so nasihat utk diri dan kawan2 yg len, parenting ni kita kena belajar dari skrg la yela sebab dah cakap pasal kahwin awal kan, tak tahu la bile plak jodoh akan menjelma, takut esok luse, so prepare la… takkan kita nk kita je berjaya, tentulah anak2 kita pun kita nakkan menjadi org yg berjaya, soleh solehah jugakkan
wALLAHU a’lam
#20 by chipsmore 2213 at December 29th, 2008
| Quote
salammulaiikkkk…..
alhamdulillah..artikel anta banyak memberi ilmu buat ana yang mencari2 ilmu untuk menyegarakan sunnah ni..wslam…
#21 by aspedot at January 13th, 2009
| Quote
slm ukhwah bwat sume pengunjung dlm blog ni
sy stuju sgt kawen awal…
stuju gak dlm bab2 tggungjwab suami isteri…
stuju jgak dlm pemberian nfkah…
stuju gak dlm masalah parenting kdua2 belah pihak…
n yg last sy stuju gak ngan pesediaan utk kawen…
sy akn lontarkn pndangan sy bermula dr persediaan untuk kawen..
persediaan
terbahagi kpd dua-jasmani n rohani
dlm persediaan jasmani,kite kne tgkatkn gerak kerja kita dlm beribadah kpd Allah,bersilaturrahim ngan saudara seislam,menahan perbuatan zina tangan,mata,mulut,telinga dan kaki,,juga perlu utk berjalan jauh utk menimba ilmu2 Allah di muka bumi supaya kita mnjadi kpercyaan org lain…
dlm aspek rohani pula,sy lebih menekankn peningkatan tarbiyah dlm diri dimana kite prlu utk memahami al-quran n sunnah spenuhnya serta mempraktikkn pnduan yg diberikn Allah dan para rasulNya agar kite x lemah dlm mghadapi dugaan n ujian,kite juga prlu menundukkn nfsu kite dahulu barulah kite dpt rase nikmat brkawen,dan yg paling pntg,kite prlu tgktkan keimanan n ketaqwaan kpd Allah krn apa saje yg kite ingin lakukn adalah utk mndptkn keredhaanNya…jln penyelesaian utk prsediaan jasmani n rohani adalah dgn TARBIYAH,cara utk dptknnye ngan lbih efektif ialah melibatkn dri dlm HALAQAH
parenting(melobi ibubapa)
utk dtkn redha Alla,prlulah kite utk mndptkn redha ibubapa trlebih dahulu…
sy cadangkn usaha prtama kite adalah dgn mmbuatkn parent kite siqoh(prcaye) dgn kite,bagaimane carenye?dgn meningktkn amalan ibadah seharian dirumah:bace al-quran 1juz sehari,subuh brjemaah,solat dhuha,mathurat pagi n ptg,istighfar,mengajak famili utk solat brjemaah,beri sdikit tazkirah utk famili,sntiasa mmbantu ibubapa dirumah dan amal jariah yg lain.kite prlu tnjukkn sume tu dpan famili kite…x brmkne kite mnunjuk2,tp kite mahu mereka juga melakukn ape yg kite lakukn..supaye ape?supaye kite menurut perintah Allah dlm surah ke-66 ayat yg ke-6,seterusnye,dgn care brhikmah n slowtalk,barulah kite melobi parent kite,utk yg dah ade calon,kne lah calon trsebut melobi ibubapa dia dgn care yg same…dgn usahe ini,insyaAllah kite diberi kprcyaan utk kawen awal.dgn syarat lgkah ini dilakukn dgn ikhlas n istiqamah.
pmberian nfkah n tggungjawab
adalah wajib bg suami n isteri utk tunaikn tggungjwb masing2,,slalunye org akn kate “jangan nak gatal kawin awal, mak bapak tak rasa lagi duit awak. bila nak balas kalo dah ada keluarga sendiri?”..jwpannye,”insyaAllah kalau Allah beri rezeki”..atau “smoga dgn restu ibubapa utk sy kawen awal,Allah akn memberi gnjaran yg besar utk ibubapa sy krn ibubapa sy telah membntu sy dlm mengelakkn mksiat(berzina) yg dilaknat”..tntg duit,tiada masalah krn sape yg bg duit kat kite?majikan?ibubapa?sanak saudara?kwn2?…Allah lah yg Maha Pemberi rezeki kpd kite..tp kite kne berusahe,bkerja serta brdoa stp mase mgharpkn prtolongan Allah,duit yg kite ade sdikit tu infakknlah ke jln Allah,nescaye Allah akn mggntiknnye dgn rezeki yg lbih luas(surah ke-2 ayat yg ke-245),krn Allah dah pon brjanji akn membantu kite(surah ke-47 ayat yg ke-7),dgn kurniaan Allah,kite dptlah tunaikan tggungjwab kite bile dah kawen nnt…snang je sy cakap kn?tp sy dah lalui alam tarbiyah,alhamdulillah Allah menolong sy ketika mane sy dlm kesusahan…
kebykan masalah utama nk kawen awal ni ialah DUIT..seolah2 kite brtuhankn duit,xde duit,xleh kawen,,,kne ubah pikiran,ADE PRTOLONGAN ALLAH,BOLEH KAWEN…sbb objektif kite utk kawen awal ialah mengelakkn mksiat,terutama bg mereka yg blajar jauh dr kuarga..dgn niat kite yg tulus ikhlas n brtjuan baik,inyaAllah,Allah akn bantu kite….
as a conclusion,JOM TARBIYAH…
sebagai pandangan…smoga anda sume phm,syukran.
#22 by syafie at April 21st, 2009
| Quote
Kita jangan takut untuk mengharap rezeki dari Allah S.W.t. Kan Dia Maha Kaya..Ada Jodoh ada rezekinya..kita kena ada sikap tawakkal .. Kebanyakan orang dah ekonomi dah betul² selesa baru nak kahwin, padahal kadang2 ada yang lebih dari selesa, sampai lupa tanggungjawab pada diri lupa untuk memelihara diri seperti mana kata2 dari ibnu abbas r.a
‘Tidak sempurna ibadat orang yang beribadat sehingga ia berkahwin‘
ImamAl-ghazali mentafsirkan kata2 ini, ia menyebut, hati seseorang itu tidak dapat mengalahkan syahwat melainkan dengan berkahwin, dan ibadat pula tidak akan sempurna melainkan dengan ketetapan dan ketenangan hati.
Kita hidup untuk beribadat, kalau ibadat kita tidak sempurna susah la kita, sape la kita .. sanggup bertahan, orang yang suci hatinya dan sentiasa merasakan Allah S.W.T melihatnya, takkan membiarkan dirinya dalam kehinaan